10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

51.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan aktiviti penguatkuasaan Unit

Pencegah Penyeludupan telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur, cekap dan berhemat

bagi mencapai objektif yang ditetapkan.

51.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan ini meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan berhubung

pengurusan aktiviti penguatkuasaan UPP iaitu merangkumi aktiviti pencegahan penyeludupan

antaranya operasi sekatan jalan raya, rondaan dan risikan serta penyerahan barang rampasan

kepada agensi induk. Skop pengauditan juga merangkumi pejabat Bahagian Kepolisan Dan

Keselamatan Sempadan; 3 pejabat UPP Negeri di Kedah, Kelantan dan Perlis; dan 6 pejabat

UPP kawasan iaitu Bukit Kayu Hitam dan Kuala Kedah, Kedah; Pengkalan Kubor dan Rantau

Panjang, Kelantan serta Padang Besar dan Kuala Perlis, Perlis.

51.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Metodologi pengauditan meliputi semakan terhadap rekod dan dokumen. Di samping itu, borang

soal selidik telah diedarkan dan maklum balas yang diterima telah dibuat analisis. Selain

daripada itu, pemerhatian dan pemeriksaan fizikal terhadap aset yang disenggarakan dilakukan

untuk menentukan aset yang diperolehi telah digunakan sepenuhnya.

51.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Jun hingga September 2011 mendapati prestasi

aktiviti penguatkuasaan adalah memuaskan. Bagaimanapun, prestasi aktiviti ini boleh

dipertingkatkan lagi supaya aktiviti mencegah penyeludupan akan menjadi lebih berkesan.

Antara kelemahan yang ditemui ialah:

i. Jawatankuasa Pasukan Penyelaras Aktiviti Menentang Penyeludupan (JPAMP)

peringkat Persekutuan dan Negeri tidak mengadakan mesyuarat mengikut ketetapan;

ii. kegagalan mematuhi perintah dan peraturan berkaitan;

iii. masalah pengisian jawatan kosong dan gred bagi pegawai penyelia lebih rendah

berbanding pegawai yang diselia; dan

iv. keperluan logistik dan kemudahan yang tidak diuruskan dengan baik.

Penjelasan lanjut berhubung dengan perkara yang ditemui dan ulasan Kementerian/UPP adalah

seperti di perenggan berikut:

51.5.1. Prestasi Aktiviti Penguatkuasaan

51.5.1.1. Pencapaian Pelan Strategik 7 Tahun

Mengikut Pelan Strategik 7 Tahun (Tahun 2009 hingga 2015), Kementerian telah

menyasarkan strategi pengurangan kadar jenayah penyeludupan di sempadan

Malaysia-Thailand sebanyak 5% (dari tahun sebelumnya). Pihak Audit tidak dapat

menentukan sama ada sasaran yang ditetapkan telah dicapai kerana penilaian tahunan

tidak disediakan. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati berlaku penurunan pada

nilai rampasan dan bilangan tangkapan PATI (warga asing yang memasuki negara

tanpa dokumen sah) bagi tahun 2011 berbanding tahun 2010 seperti di jadual dan carta

berikut:

816 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!