10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

67.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada:

67.2.1. prestasi kewangan UHB adalah memuaskan atau sebaliknya dan menentukan faktor

yang menyumbang kepada prestasi tersebut;

67.2.2. pengurusan aktiviti UHB telah dilaksanakan dengan teratur, berhemat serta

mencapai objektif yang ditetapkan;

67.2.3. pengurusan kewangan dan tadbir urus korporat UHB adalah selaras dengan

peraturan yang ditetapkan; dan

67.2.4. pengurusan syarikat subsidiari telah dipantau oleh syarikat induk selaras dengan

objektif yang ditetapkan.

67.3. SKOP PENGAUDITAN

Pengauditan ini meliputi aspek pengurusan, kewangan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh

syarikat serta menjalankan analisis terhadap penyata kewangan syarikat. Semakan terhadap

dokumen, fail serta rekod yang berkaitan bagi tempoh 3 tahun dari tahun 2008 sehingga 2010

telah dibuat di Ibu Pejabat UHB, pejabat subsidiari iaitu UDA Land North Sdn. Bhd. dan

Kementerian Kewangan.

67.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan dengan mengadakan perbincangan dan temu bual dengan pegawai

yang bertanggungjawab. Pemeriksaan fizikal terhadap aset di Rumah Percutian Melaka dan Port

Dickson telah dijalankan. Selain itu, lawatan tapak terhadap beberapa projek pembinaan yang

telah siap dan sedang dibina telah dijalankan seperti projek Gaya Bangsar di Bangsar; Sinaran

TTDI di Taman Tun Dr. Ismail; Projek JSI di Jalan Sultan Ismail; projek Program Kedai Desa di

Pekan, Pahang; Pulau Jerejak, Pulau Pinang dan projek dalam pembinaan dan telah siap oleh

UDA Land North Sdn. Bhd.

67.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Julai hingga Oktober 2011 mendapati secara

keseluruhannya prestasi kewangan UHB adalah memuaskan. Ini adalah kerana UHB mencatat

peningkatan keuntungan sejumlah RM2.03 juta pada tahun 2010 iaitu RM30.84 juta berbanding

tahun 2008 iaitu RM28.81 juta sungguhpun mengalami sedikit kerugian pada tahun 2009 iaitu

sejumlah RM6.47 juta. Pelupusan subsidiari dalam tahun 2008 dan penjualan tanah serta

bangunan pada tahun 2010 telah menyumbang kepada peningkatan dalam perolehan.

Sementara itu, hasil penjualan tanah dan bangunan pada tahun 2009 tidak menunjukkan

peningkatan yang ketara seperti tahun 2010. Secara keseluruhannya prestasi aktiviti UHB

adalah memuaskan kerana pencapaian tahunan semakin meningkat iaitu sebanyak 77% pada

tahun 2009 kepada 88% pada tahun 2010 dan terus meningkat 100% pada tahun 2011.

Bagaimanapun, prestasi pengurusan aktiviti Bahagian UDA Urban adalah kurang memuaskan.

Di antara kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:

i. perancangan dan pelaksanaan kediaman adalah tidak teratur iaitu kediaman gagal

diserahkan dalam tempoh masa yang ditetapkan;

ii. pengurusan kewangan dan urus tadbir korporat juga adalah kurang memuaskan di mana

berlaku kelemahan dalam kawalan pengurusan perbelanjaan iaitu penggunaan kad

kredit dan pembayaran dividen serta kelemahan dalam pengurusan aset di mana daftar

aset tidak kemas kini, aset tidak dapat dikesan dan aset tidak didaftarkan dengan

nombor pendaftaran; dan

iii. bagi prestasi aktiviti Bahagian UDA Land, UDA Mall dan UDA Leisure adalah

memuaskan kerana ia menyumbang kepada pendapatan UHB.

1015

RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!