10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Maklum Balas Jabatan Kastam Diraja Malaysia Yang Diterima Pada 15 Jun 2012

Cawangan Kewangan, JKDM telah mempersetujui supaya pembelian

menggunakan peruntukan mengurus yang dibuat sama ada melalui kontrak pusat

atau tidak, perlu mendapat keputusan Pegawai Pengawal.

Butirannya adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 12.8

PEROLEHAN HARTA MODAL MENGGUNAKAN PERUNTUKAN

MENGURUS TANPA KELULUSAN PEGAWAI PENGAWAL

PESANAN TEMPATAN JUMLAH

PERALATAN

NO. TARIKH

(RM)

Camera Thermal Imager 61894 02.12.2006 2,050,000

GPS Track Garmin 61892 02.12.2006 430,000

Lampu Beacon 61895 02.12.2006 200,000

Search Light Hella 61488 28.09.2006 600,000

Walkie Talkie Garmin 61891 02.12.2006 830,000

Armour Sight System 61893 02.12.2006 3,600,000

GPS Track 61490 28.09.2006 435,000

Speaker Siren c/w Lamp 61489 28.09.2006 1,528,000

Lamp Light Emergency 70821 03.06.2007 114,800

Beacon Light 71118 03.07.2007 36,000

Lamp Light Emergency 71188 10.07.2007 8,200

Beacon Light 71195 10.07.2007 30,000

Beacon Light 70920 15.06.2007 20,500

Walkie Talkie Lincoln 70193 27.02.2007 63,000

JUMLAH 9,945,500

Pada pendapat Audit, kelemahan di atas merupakan Improper Payment yang boleh

membawa kepada hukuman surcaj mengikut Seksyen 18(B) Akta Tatacara Kewangan

1957. Sehubungan itu, pihak Audit berpendapat pembelian harta modal yang dibuat

melalui kontrak pusat masih perlu mendapat kelulusan Pegawai Pengawal kerana

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2002 menetapkan kuasa Pegawai Pengawal

meluluskan pembelian harta modal di bawah perbelanjaan mengurus tanpa

mengambil kira kaedah perolehan, sama ada melalui pembelian terus, sebut harga,

tender, kontrak pusat atau sistem panel. Oleh itu wajarlah Kementerian Kewangan

melakukan penyiasatan lanjut ke arah mengenakan tindakan disiplin terhadap

pegawai yang bertanggungjawab.

12.5.3. Perancangan Perolehan Peralatan

12.5.3.1. Perancangan perolehan merupakan aspek yang paling asas dan penting

dalam pengurusan perolehan Kerajaan. Perancangan perolehan yang baik boleh

mengawal kos dan menangani masalah dalam melaksanakan sesuatu perolehan.

Sehubungan itu, Surat Arahan Perbendaharaan Bil. S/K.KEW/PK/PP/1100/

000000/10/31 JLD.23 SK.9 (26) bertarikh 24 April 2008 menjelaskan beberapa perkara

yang perlu diberi perhatian di bawah perancangan perolehan, antaranya:

a. Merancang perolehan dengan teratur dan teliti serta melaksanakan perolehan

dengan segera mengikut dasar dan peraturan yang berkuat kuasa.

b. Memastikan peruntukan kewangan telah disediakan/diluluskan dan seterusnya

mencukupi sebelum perolehan dilaksanakan.

161 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!