10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

c. Marine Viaduct

i. Pembinaan infrastruktur marine viaduct sepanjang 3.45 km merentasi Tasik

Bukit Merah telah disiapkan pada 18 Mac 2011. Manakala kerja pemasangan

landasan sedang dalam pembinaan. Pihak Audit mendapati sekiranya Projek

Ipoh ke Padang Besar ini siap kelak, landasan berkembar elektrik di marine

viaduct ini akan menggantikan landasan kereta api sedia ada (single track).

Keadaan landasan single track dan marine viaduct adalah seperti gambar

berikut:

GAMBAR 26.13 GAMBAR 26.14

Marine Viaduct Di Bukit Merah

- Landasan Kereta Api Yang Sedia Ada

(21.09.2011)

Marine Viaduct Di Bukit Merah

- Landasan Kereta Api Di Marine Viaduct

(Sumber: MMC Gamuda Joint Venture Sdn. Bhd.)

ii. Lawatan Audit ke tapak projek pada 21 September 2011 dan perbincangan

dengan pihak MGJV, KSET dan KTMB mendapati keputusan mengenai

tindakan yang akan diambil terhadap landasan single track ini masih belum

dibuat. Bagaimanapun, semasa mesyuarat yang diadakan pada 22 Februari

2012 antara Audit dengan Jabatan/Agensi Kerajaan yang terlibat, wakil JPS

Perak memaklumkan bahawa landasan single track telah menyebabkan berlaku

sekatan pada laluan air, kualiti air terjejas dan kitaran air tidak sempurna.

Seterusnya beliau menjelaskan bahawa JPS sedang menjalankan analisis

melalui perunding JPS untuk mengambil tindakan terhadap landasan ini.

Sehubungan itu, wakil JPS Perak memaklumkan bahawa sebahagian daripada

landasan single track akan dirobohkan supaya dapat menambah kapasiti air

tasik untuk pengairan sawah-sawah padi di Daerah Kerian.

iii. Perobohan landasan single track dinyatakan sebagai optional item dalam

kontrak dan tidak termasuk di dalam skop kerja MGJV. Jika skop kerja ini

dilaksanakan, kosnya adalah tinggi (lebih kurang RM10 juta) kerana ianya

melibatkan pembuangan tanah yang sangat lembut dan sukar dikendalikan.

Selain itu, terdapat risiko pencemaran air yang akan mengakibatkan kematian

ikan arowana yang dipelihara untuk tujuan komersial dengan menggunakan

sumber air dari tasik ini. Alternatif yang lebih kos efektif serta tidak melibatkan

pencemaran air ialah dengan menaikkan aras empangan setelah landasan

single track tidak digunakan lagi. Kerja-kerja menaikkan aras empangan ini perlu

diterajui oleh JPS.

Maklum Balas Kementerian Pengangkutan Yang Diterima Pada 8 Jun 2012

Landasan sedia ada akan dipagari untuk mengelakkan pencerobohan apabila

projek siap kelak.

Pada pendapat Audit, keputusan mengenai landasan single track perlu dibuat

dengan segera. Semua aspek perlu diambil kira iaitu keselamatan,

pencemaran ekologi dan persekitaran, seterusnya impak kepada orang awam

yang berada berhampiran kawasan tersebut. Analisis melalui perunding JPS

juga perlu diberi perhatian dalam menyelesaikan perkara ini.

378 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!