10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

10.5.2.1. Kawalan Dokumen Selepas Borang K1 Didaftarkan

Perintah Am Jabatan 103 telah menjelaskan bahawa setiap borang ikrar yang

didaftarkan tidak boleh diserahkan kembali kepada pengimport atau ejen penghantaran

sehingga borang berkenaan selesai disemak dan duti/cukai dijelaskan. Bagaimanapun,

lawatan Audit mendapati masih ada kes di mana ejen penghantaran telah membawa

sendiri borang ikrar dan dokumen yang telah didaftarkan untuk urusan selanjutnya.

Walaupun perkara ini pernah dibangkitkan oleh pihak Audit pada tahun 2008 dan JKDM

telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan surat arahan bertarikh 14 April 2009

supaya ejen tidak membawa sendiri borang ikrar selepas didaftar, namun perkara ini

masih berlaku di stesen Kastam di Pelabuhan Rajang, Sibu dan Pelabuhan Miri,

Sarawak dan Wisma Kastam, Seremban, Negeri Sembilan.

Maklum Balas Jabatan Kastam Diraja Malaysia Yang Diterima Pada 1 Jun 2012

Arahan mengenai pengendalian borang telah dikeluarkan pada 14 April 2009 dan

3 Ogos 2011. JKDM telah melaksanakan pemprosesan pengimportan, pergerakan

dan pengeksportan barangan melalui sistem elektronik sepenuhnya iaitu di mana

borang ikrar diproses secara serentak tanpa menunggu kehadiran

pengimport/ejen dan tiada borang ikrar yang diperlukan kecuali bagi pengikraran

secara manual. Manakala di Stesen Kastam Pelabuhan Rajang Sibu, Sarawak,

bilik runding cara telah diwujudkan beserta dengan pengeluaran notis amaran. Di

Stesen Pelabuhan Miri, Sarawak dan Negeri Sembilan pula, notis amaran telah

dikeluarkan.

Pada pendapat Audit, kes di mana ejen penghantaran membawa sendiri borang

ikrar dan dokumen yang telah didaftarkan akan memberi ruang kepada ejen

memilih sendiri pegawai Kastam untuk berurusan dan sekiranya tidak dibendung

ia boleh mempengaruhi taksiran yang dibuat.

10.5.2.2. Kawalan Sebelum Pelepasan Barang Import Daripada Kawalan Kastam

Secara umumnya, sebelum barang import boleh dilepaskan daripada kawalan Kastam,

pihak JKDM akan memastikan duti dibayar selepas barang disahkan betul melalui

pemeriksaan fizikal (jika perlu); menggunakan mesin pengimbas selepas duti dibayar;

dan mengawal pintu pelepasan di pelabuhan atau zon bebas. Penggunaan mesin

pengimbas kontena di stesen Kastam adalah bertujuan untuk memastikan barangan

yang diikrarkan adalah betul di samping mengesan kemasukan barang larangan.

Terdapat 19 mesin pengimbas kontena di seluruh negara yang diperolehi dari tahun

2001 hingga bulan September 2010. Semakan Audit terhadap laporan prestasi mesin

pengimbas mendapati perkara seperti berikut:

i. Sebanyak 3 daripada 19 mesin pengimbas telah dilupuskan kerana usang/rosak.

Daripada 16 mesin yang digunakan hanya 6 daripadanya berimej jelas.

ii. Penggunaan mesin pengimbas berimej yang jelas dapat mengesan barangan yang

tidak diikrarkan/salah ikrar dalam Borang K1. Sebagai contoh, imbasan yang jelas di

Pelabuhan Barat, Selangor menunjukkan barangan disyaki tidak diikrarkan dalam

Borang K1 seperti di gambar berikut:

127 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!