10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

25. PENTADBIRAN KONTRAK

25.1. LATAR BELAKANG

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

25.1.1. Satu ikatan kontrak wujud antara Kerajaan dengan petender setelah Surat Setuju

Terima (SST) ditandatangani dan dikembalikan oleh petender kepada Kerajaan. Seterusnya,

penyediaan dokumen kontrak diuruskan oleh pejabat yang memanggil tender yang

menjelaskan hak dan tanggungjawab pihak yang berkontrak secara bertulis. Pentadbiran

kontrak mestilah diuruskan dengan teratur dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa

bermula daripada fasa SST hinggalah ke fasa penyediaan akaun muktamad.

25.1.2. Pentadbiran kontrak bagi Kementerian/Pusat Tanggungjawab (PTJ) masingmasingnya

diuruskan sendiri oleh Kementerian/PTJ yang terlibat dengan kontrak tersebut.

Manakala Unit Perolehan di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian

Pengangkutan (Kementerian) pula bertindak sebagai urus setia bagi pengurusan dokumen

tender di peringkat Kementerian. Pentadbiran kontrak secara keseluruhannya melibatkan

kontrak yang diperoleh sama ada secara tender terbuka, tender terhad dan rundingan terus

yang meliputi kerja pembinaan; pengerukan; projek menaik taraf; perolehan bekalan dan

perkhidmatan serta lain-lain kontrak. Bagi tempoh tahun 2008 hingga 2011, Kementerian

telah menguruskan sebanyak 149 kontrak dengan nilai kos berjumlah RM3.684 bilion seperti

di jadual berikut:

KEMENTERIAN/

JABATAN/AGENSI

JADUAL 25.1

KONTRAK DI KEMENTERIAN/JABATAN DAN AGENSINYA

BAGI TEMPOH TAHUN 2008 HINGGA 2011

TENDER JUMLAH

2008 2009 2010 2011 BIL.

NILAI

(RM Juta)

Kementerian Pengangkutan 5 2 8 22 37 408.94

Jabatan Laut Malaysia 10 5 - - 15 58.24

Jabatan Pengangkutan Jalan - 2 3 2 7 64.60

Jabatan Penerbangan Awam 7 8 12 5 32 270.68

Keretapi Tanah Melayu Berhad 2 33 8 14 57 2,781.62

Lembaga Pelabuhan Klang - 1 - - 1 99.90

JUMLAH 24 51 31 43 149 3,683.98

25.2. OBJEKTIF AUDIT

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pentadbiran kontrak di Kementerian telah

diuruskan dengan teratur, cekap dan berhemat serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

25.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan ini meliputi pentadbiran kontrak yang telah dilaksanakan bagi tempoh tahun

2008 hingga 2011 di Kementerian dan Jabatan/Agensinya iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan

(JPJ), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Keretapi Tanah

Melayu Berhad (KTMB). Pengauditan ditumpukan terhadap 20 sampel kontrak terpilih dengan

nilai kontrak berjumlah RM2.646 bilion seperti di jadual berikut:

348 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!