10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

18.5.3. Pengurusan Projek Agropolitan

18.5.3.1. Garis Panduan Pelaksanaan Projek Agropolitan

KKLW melalui Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah (BKTW) adalah

bertanggungjawab untuk melaksanakan PLMLB dan menjelaskan kaedah pelaksanaan

yang memperincikan konsep dan skop projek kepada agensi pelaksana yang dilantik.

Selain itu, BKTW bertindak sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Penyelarasan

Projek Agropolitan. Semakan Audit mendapati perkara berikut:

a. Pada peringkat awal Projek Agropolitan dilaksanakan, tiada garis panduan yang

jelas disediakan sebagai rujukan untuk menjelaskan dasar dan kaedah

perancangan, pelaksanaan dan pemantauan Projek Agropolitan.

b. Tanpa garis panduan yang jelas, KKLW menghadapi masalah apabila perancangan

Projek Agropolitan di peringkat agensi pelaksana tidak berpandukan kepada aspirasi

dan hasrat KKLW memandangkan agensi pelaksana/Kerajaan Negeri ingin projek

dilaksanakan mengikut kehendak stakeholder masing-masing.

c. Lanjutan itu, BKTW telah menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Projek

Agropolitan. Bagaimanapun, garis panduan ini hanya berkuat kuasa mulai

1 November 2011.

Maklum Balas Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Yang Diterima

Pada 20 Jun 2012

Pelaksanaan Projek Agropolitan adalah berpandukan dasar dan kriteria umum

yang digariskan semasa pembentangan kepada Badan Bertindak Pelaksanaan

Negara mengenai cadangan menghapuskan kemiskinan tegar melalui Program

Lonjakan Mega Luar Bandar pada 9 Oktober 2006.

Pada pendapat Audit, Projek Agropolitan yang mula dirancang pada tahun 2006

telah mengalami masalah dalam pelaksanaannya apabila tiada garis panduan yang

jelas disediakan untuk memperjelaskan kaedah pelaksanaan projek yang

melibatkan pelbagai agensi di peringkat Persekutuan/Negeri/Daerah.

18.5.3.2. Perjanjian Antara Peserta Projek Agropolitan Dan Agensi Pelaksana

KKLW telah meluluskan draf perjanjian antara peserta projek dan agensi pelaksana dan

mengemukakan draf perjanjian tersebut kepada pihak FELCRA Berhad dan RISDA

untuk dimuktamadkan dengan peserta. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati

perkara berikut:

a. Setakat bulan Disember 2011, perjanjian masih belum ditandatangani oleh peserta

di semua Projek Agropolitan yang dilawati.

b. Bagi menentukan dokumentasi penyertaan peserta Projek Agropolitan tanpa

petempatan telah dilaksanakan dengan teratur, pihak Audit juga telah menemu bual

7 daripada 30 peserta tanpa petempatan di Projek Agropolitan Gahai. Hasil temu

bual mendapati peserta berkenaan tidak pasti/tidak tahu bahawa mereka telah

menyertai Projek Agropolitan Gahai dan layak menerima dividen melalui Ladang

Sejahtera (Getah). Selain itu, maklumat mengenai penyerahan perjanjian/tawaran

rasmi mengenai penyertaan peserta Projek Agropolitan tersebut juga tidak

diselenggarakan.

247 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!