10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

23.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada projek Pembinaan Jambatan Kedua Sultan

Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan telah diurus dengan teratur, cekap dan berhemat bagi

mencapai objektif pembinaan yang ditetapkan.

23.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan ini meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek

Pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan. Semakan telah dibuat

di Bahagian Pembangunan dan Penswastaan, Kementerian Kerja Raya; Cawangan Jalan,

Jabatan Kerja Raya (JKR); Unit Pembangunan, Cawangan Jalan, JKR; Cawangan Kontrak Dan

Ukur Bahan, JKR; Unit Tindakan Khas, Cawangan Jalan, JKR dan pejabat tapak.

23.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Metodologi pengauditan meliputi semakan rekod dan dokumen, temu bual dengan pegawai

terlibat, analisis terhadap data dan pemeriksaan fizikal di tapak projek.

23.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2011 mendapati secara

keseluruhannya pembinaan projek ini adalah kurang memuaskan kerana terdapat beberapa

kelemahan dalam perancangan dan pelaksanaan projek yang boleh menjejaskan objektif

pembinaannya. Antara kelemahan yang diperhatikan adalah seperti berikut:

i. kegagalan menyiapkan kerja dalam tempoh yang telah ditetapkan di mana 4 Perakuan

Kelambatan Dan Lanjutan Masa selama 891 hari iaitu sehingga 30 Ogos 2012 telah

diluluskan;

ii. nilai kontrak semasa dijangka akan meningkat kepada RM177.76 juta iaitu peningkatan

sejumlah RM34.76 juta (24.3%) berbanding kontrak asal yang bernilai RM143 juta.

Peningkatan nilai kontrak ini juga mengambil kira Arahan Perubahan Kerja berjumlah

RM20.61 juta yang masih belum diluluskan;

iii. masalah reka bentuk sistem cerucuk yang mengambil masa sehingga 2 tahun untuk

diselesaikan telah menjadi antara punca kelewatan penyiapan projek dan kenaikan kos;

iv. kelewatan membina jambatan sementara menyebabkan kerja-kerja dalam sungai tidak

dapat dijalankan mengikut jadual; dan

v. pelantikan kontraktor yang tidak berpengalaman.

Penjelasan lanjut mengenai perkara yang ditemui serta maklum balas JKR adalah seperti di

perenggan berikut:

23.5.1. Prestasi Projek

23.5.1.1. Kelewatan Menyiapkan Projek

a. Mengikut syarat kontrak, projek ini perlu disiapkan pada 17 Disember 2009 iaitu

dalam tempoh 30 bulan daripada tarikh milik tapak bina oleh kontraktor.

Bagaimanapun sehingga tarikh akhir projek ini patut disiapkan, kontraktor telah

gagal untuk menyiapkan keseluruhan kerja pembinaan di mana peratusan kemajuan

kerja ketika itu hanya 23.7%. Semakan Audit mendapati kontraktor telah diluluskan

4 Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa selama 891 hari iaitu sehingga 30 Ogos

2012. Kemajuan kerja sebenar di tapak pembinaan sehingga bulan Disember 2011

adalah 76.5%. Selain itu, satu Perjanjian Tambahan juga telah ditandatangani pada

331 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!