10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

a. 95.3% responden berpuas hati dengan pengagihan kuarters dalam tempoh yang

singkat.

b. 68.9% responden mengadu kerosakan sering berlaku di kuarters disebabkan tiada

penyenggaraan berkala.

c. 58% responden berpendapat pihak pengurusan lewat mengambil tindakan terhadap

aduan kerosakan melebihi satu bulan dan mendakwa aduan kerosakan tidak diambil

tindakan sewajarnya oleh pihak pengurusan menyebabkan penghuni menanggung

sendiri kos pembaikan.

d. 33.2% responden mendakwa pemantauan dan pengawasan tidak dilakukan oleh

pihak pengurusan ketika kerja-kerja baik pulih dijalankan oleh kontraktor.

e. 32.1% responden menyatakan kuarters yang disediakan kurang sesuai, selamat dan

selesa untuk diduduki kerana kuarters yang terlalu uzur dan usang serta sering

berlaku kerosakan.

f. 67.8% penghuni memohon kepada pihak pengurusan menyediakan kemudahan

asas seperti dewan untuk menjalankan program kemasyarakatan dan riadah; surau

bagi kegunaan penghuni; menyediakan pengawal keselamatan terutamanya di luar

waktu pejabat dan lokasi yang berisiko tinggi dari berlakunya pencerobohan; taman

permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan padang bola sepak; taska bagi

memudahkan anggota menghantar anak ketika bertugas dan telefon awam serta

tong sampah di persekitaran kuarters.

Maklum Balas Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Diterima Pada 12 Jun 2012

Keseluruhan kuarters yang siap dibina pada asalnya adalah sempurna dan sesuai

untuk diduduki. Disebabkan oleh faktor usia kuarters dan kekangan peruntukan,

Kementerian tidak dapat menjalankan penyenggaraan pencegahan/berjadual

menyebabkan kuarters tersebut rosak.

Berdasarkan hasil analisis, pihak Audit berpendapat pengagihan unit kuarters adalah

baik kerana telah diagihkan kepada pemohon dalam tempoh yang singkat.

Bagaimanapun, Kementerian perlu memberi perhatian terhadap isu berkenaan

penyenggaraan, pemantauan dan pengawasan, keselamatan serta penyediaan

kemudahan awam. Selain itu, pihak Kementerian hendaklah mengambil tindakan

terhadap rungutan dan pandangan penghuni.

34.6. SYOR AUDIT

Bagi memastikan segala kelemahan yang berbangkit berkenaan pengurusan kuarters

Kementerian supaya dapat dilaksanakan dengan lebih cekap serta Kerajaan mendapat value for

money terhadap perbelanjaan yang dibuat serta warga pendidik mendapat kemudahan dan

keselesaan tempat tinggal, adalah disyorkan Kementerian JPN/PPD/IPG/sekolah mengambil

tindakan seperti berikut:

34.6.1. Memohon peruntukan penyenggaraan pencegahan (preventive maintenance) dan

menyediakan peruntukan khusus untuk kerja pembaikan dan penyenggaraan kuarters

termasuk kemudahan awam serta mengadakan pangkalan data kuarters. Bagi tujuan ini, unit

dan perjawatan hendaklah diwujudkan di peringkat Kementerian/JPN/PPD khusus bagi

tujuan pengawalan, pengawasan, penyenggaraan, pelupusan dan pemantauan terhadap

semua kuarters yang dimilikinya. Pegawai yang ditugaskan bagi pengurusan kuarters perlu

diberi latihan berkaitan pengurusan kuarters dengan mempelajari sistem atau tatacara

pengurusan kuarters daripada Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri.

549 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!