10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

GAMBAR 68.2 GAMBAR 68.3

Gudang di Shah Alam, Selangor

- Produk Forest’Secret Yang Telah

Melebihi Tempoh Penggunaan

(01.12.2011)

1051

Gudang di Shah Alam, Selangor

- Produk Forest’Secret Telah Rosak

(01.12.2011)

Pada pendapat Audit, pengurusan MyFranchise perlu menyegerakan

proses pelupusan tersebut.

b. Pengurusan Fail

Pengurusan fail yang sistematik membolehkan maklumat yang terkandung di

dalamnya dikawal dan dicapai dengan cepat dan tepat apabila diperlukan. Rekod

yang lengkap dan kemas kini adalah penting bagi tujuan pemantauan dan rujukan di

samping memastikan wujudnya akauntabiliti dan ketelusan. Semakan Audit

mendapati rekod aktiviti MyFranchise seperti Restoran JomMakan serta dokumen

berkaitan pelaburan dalam NOSB dan RPSB tidak diselenggarakan dengan teratur.

Pihak Audit juga mendapati daftar fail tidak disediakan; fail tidak mempunyai nombor

rujukan dan kertas minit; minit mesyuarat tidak disusun dengan teratur dan laporan

kewangan berkaitan aktiviti juga tidak dikemas kini. Ini menyebabkan maklumat

sukar diperoleh dengan segera.

Maklum Balas Malaysia International Franchise Sdn. Bhd. Yang Diterima Pada

11 Jun 2012

Sistem fail berpusat akan dilaksanakan secara berperingkat, berterusan dan

berkala. Bagaimanapun, pada masa ini sistem fail secara manual telah

dilaksanakan terutamanya untuk outlet yang berkaitan supaya rujukan dokumen

dapat dibuat dengan cepat.

Pada pendapat Audit, pengurusan fail yang sistematik boleh membantu

MyFranchise melaksanakan urusan pentadbiran dengan lebih cekap, teratur

dan berkesan.

68.5.3.4. Mengikut Akta Syarikat 1965, Lembaga Pengarah bertanggungjawab

memastikan tindakan sewajarnya diambil bagi memastikan aset syarikat diuruskan

dengan cekap dan teratur serta mematuhi peraturan yang ditetapkan. Pengurusan aset

bagi MyFranchise diuruskan oleh Bahagian Perolehan di PNS. Segala peraturan dan

polisi berkenaan aset adalah tertakluk kepada polisi dan prosedur yang dikeluarkan oleh

PNS. Butiran kelemahan pengurusan aset MyFranchise adalah seperti berikut:

a. Lot Kedai Dibeli Tidak Digunakan

i. Ahli Lembaga Pengarah MyFranchise telah meluluskan pembelian satu lot kedai

(5 tingkat) di Dana One, Kelana Jaya pada bulan Julai 2007 dengan harga

RM4.56 juta menggunakan peruntukan PNS. Pembelian tersebut dibuat bagi

mewujudkan Kitchen Sentral yang bertindak sebagai pusat sehenti bagi

RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!