10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Maklum Balas Kementerian Pengangkutan Yang Diterima Pada 8 Jun 2012

Kelewatan ini disebabkan proses rundingan di antara Kerajaan dengan MGJV dan

perubahan format kontrak daripada format kontrak Design and Build 2003 (JKR)

kepada format kontrak edisi 2007 hanya dimaklumkan oleh Penasihat Undangundang

Kementerian pada bulan April 2008. Selain itu, terdapat dokumendokumen

seperti Government’s Requirements, Technical Requirements &

Specifications untuk kerja-kerja sistem dan contractor’s proposal dalam bentuk

lukisan yang perlu disemak, dikaji dan diperhalusi oleh Kementerian dan MGJV.

Pada pendapat Audit, kelewatan menandatangani kontrak berkenaan

menyebabkan kepentingan Kerajaan tidak terjamin sekiranya berlaku

pertikaian antara kontraktor dan Kerajaan.

b. Tanggungan Liabiliti Kontraktor

Pada tahun 2000, Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh

telah dilaksanakan oleh Kementerian. Pengauditan yang dijalankan pada akhir tahun

2008 mendapati anggaran kerugian yang dialami Kerajaan adalah berjumlah

RM1.140 bilion apabila kontraktor asal gagal menyiapkan projek. Bagaimanapun,

keseluruhan jumlah ini tidak dapat dituntut daripada kontraktor kerana menurut

syarat kontrak, liabiliti maksimum yang boleh dituntut daripadanya adalah terhad

kepada 10% daripada nilai kontrak iaitu RM257.99 juta sahaja. Semakan Audit

mendapati had tanggungan liabiliti kontraktor kepada Kerajaan untuk Projek Ipoh ke

Padang Besar juga dihadkan kepada 10% daripada nilai kontrak iaitu

RM1.250 bilion.

Maklum Balas Kementerian Pengangkutan Yang Diterima Pada 8 Jun 2012

Keputusan penetapan had tanggungan liabiliti kontraktor ini adalah

menggunakan pendekatan projek Rawang-Ipoh dan perkara ini telah diputuskan

oleh Pengurusan Kementerian melalui memo Bahagian Kewangan bertarikh 27

Jun 2008. Bagaimanapun, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, JKR

memaklumkan bahawa pihak JKR tidak pernah menetapkan had maksimum

tanggungan liabiliti kontraktor dalam mana-mana kontrak yang dilaksanakannya.

Ini adalah berdasarkan klausa 45.2 dalam standard kontrak JKR iaitu PWD DB

(Rev.2007).

Pada pendapat Audit, penetapan had maksimum tanggungan liabiliti tidak

menjaga kepentingan Kerajaan kerana Kerajaan terpaksa menanggung

kerugian sekiranya kontraktor gagal menyiapkan projek mengikut tempoh

yang ditetapkan.

26.5.3. Kualiti Pembinaan

26.5.3.1. Approved Technical Specification Dan Permanent Way Manual

Untuk memastikan tugas pemantauan kerja kontrak adalah berpandukan kepada

keperluan kontrak dan piawaian kebangsaan/antarabangsa, KSET selaku PMC perlu

mempunyai Approved Technical Specification (ATS) dan Permanent Way Manual

(PWM) yang disediakan oleh MGJV. ATS untuk projek bagi bangunan dan infrastruktur

ialah penerangan terperinci keperluan teknikal yang diluluskan dari segi kesesuaian

untuk membentuk asas bagi proses reka bentuk, pembangunan dan pengeluaran serta

373 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!