10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

JADUAL 11.10

SEWA YANG TERTUNGGAK MELEBIHI 3 BULAN SETAKAT BULAN JULAI 2011

NEGERI

TUNGGAKAN SEWA

BIL. KES JUMLAH (RM)

Pulau Pinang 39 74,200

Kedah 1 1,320

Kelantan 4 28,190

JUMLAH 44 103,710

Maklum Balas Jabatan Kastam Diraja Malaysia Yang Diterima Pada 28 Mei 2012

JKDM Pulau Pinang telah mengambil tindakan memungut semula sewa

tertunggak dan baki sewa yang belum dipungut sehingga Januari 2012 adalah

RM13,652. Tunggakan sewa sebanyak RM1,320 telah dijelaskan oleh penyewa

pada Oktober 2011 di JKDM Kedah. JKDM Kelantan telah mengambil tindakan

memungut semula sewa tertunggak dan baki sewa tertunggak adalah RM3,320.

Pada pendapat Audit, JKDM Pulau Pinang dan Kelantan perlu terus berusaha

mengutip balik tunggak hasil sewa yang belum dikutip balik.

11.5.2.7. Pemantauan Oleh Jawatankuasa Perumahan

a. Jawatankuasa Perumahan peringkat negeri hendaklah bermesyuarat sekurangkurangnya

3 kali setahun bagi membincangkan semua perkara berkaitan dengan

kuarters jabatan. Oleh itu, setiap Jawatankuasa Perumahan hendaklah

bermesyuarat sekurang-kurangnya 9 kali bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011.

b. Semakan Audit di 5 negeri yang dilawati mendapati hanya Jawatankuasa

Perumahan Negeri Selangor dan Sabah sahaja yang bermesyuarat 9 kali untuk

tempoh tahun 2009 hingga 2011. Manakala Jawatankuasa Perumahan negeri lain

hanya bermesyuarat antara 2 hingga 6 kali untuk tempoh yang sama. Keadaan ini

berlaku kerana Cawangan Logistik, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber

Manusia di Ibu Pejabat JKDM kurang memantau dan tidak memastikan kesemua

Jawatankuasa Perumahan peringkat negeri bermesyuarat mengikut kekerapan yang

ditetapkan serta melaporkan perkara yang dibincangkan. Maklumat mengenai

bilangan mesyuarat yang diadakan oleh Jawatankuasa Perumahan peringkat negeri

yang dilawati adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 11.11

MESYUARAT JAWATANKUASA PERUMAHAN PERINGKAT NEGERI

BAGI TEMPOH TAHUN 2009 HINGGA 2011

NEGERI

BIL. MESYUARAT

2009 2010 2011 JUMLAH

Kedah - 1 1 2

Kelantan 1 1 3 5

Pulau Pinang 2 3 3 8

Sabah 3 3 3 9

Selangor 3 3 3 9

154 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!