10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

53.6. SYOR AUDIT

Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan dalam laporan ini dan juga memastikan perkara

yang sama tidak berulang dalam pelaksanaan projek yang lain, adalah disyorkan supaya

Kementerian Dalam Negeri (Kementerian) dan pihak terlibat mengambil tindakan terhadap

perkara seperti berikut:

53.6.1. Kementerian dan Kementerian Kewangan bagi pihak Kerajaan yang terlibat sebagai

pembuat keputusan perlu mengambil tindakan segera terutama terhadap sebarang

permasalahan yang wujud dalam peringkat perancangan dan pelaksanaan projek. Ini

bertujuan memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan objektifnya dapat

direalisasikan mengikut perancangan. Ia juga bagi memastikan Kontraktor tidak terjejas

dengan sebarang keputusan yang tertangguh oleh pihak Kerajaan yang memberi kesan

kepada pematuhan Kontraktor terhadap jadual pelaksanaan projek yang ditetapkan.

53.6.2. Kementerian perlu memastikan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan

telah diperolehi sebelum sesuatu kerja pembinaan ditawarkan.

53.6.3. Kementerian perlu mengambil tindakan terhadap perunding yang gagal mengambil

kira keperluan tertentu semasa menyediakan reka bentuk bangunan yang menyebabkan

ketidakselesaan dan kesusahan berpanjangan kepada pengguna dengan

menyenaraihitamkan perunding berkenaan daripada mengambil bahagian dalam manamana

projek pembinaan Kerajaan di masa hadapan.

53.6.4. Kementerian melalui perunding yang dilantik perlu memastikan kerja yang

dilaksanakan oleh Kontraktor mematuhi spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan bagi

menjamin kualiti pembinaan. Pembinaan yang tidak berkualiti dan tidak mengikut spesifikasi

akan menyebabkan Kerajaan terpaksa menanggung kos penyenggaraan yang tinggi bagi

memperbaiki kecacatan dan kerosakan yang berlaku setelah tamat Tempoh Tanggungan

Kecacatan.

53.6.5. Kementerian dan perunding juga perlu memastikan semua kerosakan/kecacatan

diambil tindakan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sekiranya Kontraktor gagal membaiki

kerosakan yang dilaporkan, tindakan pemotongan hendaklah diambil terhadap baki 50%

Wang Jaminan Pelaksanaan yang masih ditahan dan menyelaraskannya semasa

penyediaan akaun muktamad.

Maklum Balas Terkini Berkaitan Dengan Perenggan Ini Boleh Dirujuk Di Muka Surat 438-451

Laporan Maklum Balas Daripada Perbendaharaan Malaysia Ke Atas Isu-Isu Utama Dalam

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan, Pengurusan Kewangan

Dan Aktiviti Kementerian/Jabatan Serta Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

Bagi Tahun 2011

882 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!