10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

KEMENTERIAN KERJA RAYA

23. PEMBINAAN JAMBATAN KEDUA SULTAN YAHYA PETRA, KOTA BHARU, KELANTAN

23.1. LATAR BELAKANG

23.1.1. Jambatan Sultan Yahya Petra merupakan penghubung utama antara Bandar Kota

Bharu dengan Tumpat. Kegiatan ekonomi dan sosial di Tumpat serta sebahagian Bandar

Pasir Mas banyak bergantung kepada Jambatan Sultan Yahya Petra. Jambatan ini yang

dibina pada tahun 1967 hanya direka bentuk untuk menanggung beban seberat 11 tan

sahaja. Namun bancian yang dijalankan menunjukkan aliran trafik yang menggunakan

Jambatan Sultan Yahya Petra telah meningkat sehingga 22,000 buah kenderaan sehari.

Kadar aliran trafik di jambatan ini adalah sangat perlahan akibat daripada bilangan

kenderaan yang bertambah dan lorongnya yang sempit serta kejadian kemalangan yang

sering berlaku. Oleh itu, satu projek jambatan baru telah diluluskan di bawah Rancangan

Malaysia Kesembilan (RMKe-9) sebagai alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu

lintas dan menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna.

23.1.2. Konsortium I.S Resourcers Sdn. Bhd. - RIS Capital Sdn. Bhd. telah dilantik secara

rundingan terus untuk melaksanakan projek ini dalam tempoh 30 bulan iaitu dari 18 Jun

2007 hingga 17 Disember 2009 dengan kos asal berjumlah RM143 juta. Agensi pelaksana

bagi projek ini ialah Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Bagaimanapun, projek ini telah

diserah hak kepada Aneka Prestij Sdn. Bhd. oleh Konsortium I.S Resourcers Sdn. Bhd. -

RIS Capital Sdn. Bhd. pada bulan Mac 2010 untuk menyiapkan baki pembinaan yang gagal

disiapkan setelah mendapat persetujuan daripada JKR. Sehingga 31 Disember 2011,

kemajuan kerja di tapak adalah 76.5%.

23.1.3. Skop kerja yang terlibat dalam projek ini ialah membina jambatan baru di kiri dan

kanan jambatan sedia ada bermula dari Pasir Pekan merentasi Sungai Kelantan dan

bercantum menjadi elavated structure di atas Bulatan Kijang, Persimpangan Wakaf Siku dan

berakhir di Jalan Dusun Muda di atas jajaran jalan sedia ada (FT3) sejauh 2.8 km mengikut

formasi 4 lorong 2 hala. Skop kerja lain yang terlibat adalah sistem perparitan, kerja-kerja

tanah, perabot jalan, penambahan persimpangan dan lain-lain kerja berkaitan. Lokasi

pembinaan adalah seperti di rajah berikut:

RAJAH 23.1

LOKASI PEMBINAAN JAMBATAN KEDUA SULTAN YAHYA PETRA, KOTA BHARU, KELANTAN

330 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!