10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Maklum Balas Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Yang Diterima Pada

26 Jun 2012

Syarikat swasta telah dikenal pasti untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan

produk berasaskan rumpai laut. Penyerahan akan dibuat selepas urusan

perkongsian harta intelek (IP) dan perjanjian diselesaikan.

Pada pendapat Audit, pihak SIRIM Berhad seharusnya membuat kajian yang lebih

terperinci terhadap kesesuaian jenis logam yang sepatutnya digunakan dalam

Sistem Pengeringan Rumpai Laut kerana ia dibina di tengah laut. Selain itu, SIRIM

Berhad hendaklah bertanggungjawab ke atas bekalan bot catamaran secara

sempurna kepada Jabatan Perikanan Sabah. Di samping itu, kesinambungan

proses hendaklah dikaji dan dilaksanakan dengan segera agar produk kosmetik

yang dihasilkan daripada penyelidikan dan pembangunan tersebut dapat

dikeluarkan dan dipasarkan.

16.5.2.3. Pelantar Tidak Disiapkan Sepenuhnya/Sempurna

Jabatan Perikanan Negeri Sabah telah diberi peruntukan sejumlah RM5 juta pada tahun

2009 untuk membina 41 pelantar sebelum akhir tahun 2010 di kawasan perairan Sabah

iaitu di Semporna, Kunak dan Lahad Datu. Pelantar ini adalah tempat bagi proses

pengeringan dan penyimpanan rumpai laut. Semakan Audit mendapati 35 pelantar telah

disiapkan manakala 6 lagi dalam proses sebut harga semula. Lawatan Audit ke 16

pelantar mendapati perkara seperti berikut:

a. Pembinaan Pelantar Tidak Berkualiti/Kurang Memuaskan

Kerja pembinaan yang dilaksanakan hendaklah memenuhi standard kualiti umum

bagi menjamin keselamatan bangunan dan memastikan penggunaan secara

optimum dapat dikekalkan secara berterusan. Pemeriksaan Audit mendapati

beberapa kelemahan dalam aspek pembinaan pelantar adalah seperti berikut:

i. Setiap pembinaan hendaklah dilaksanakan mengikut spesifikasi yang telah

dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Antaranya berkaitan dengan

bilangan dan ukuran saiz tiang, bentuk dan kualitinya. Mengikut spesifikasi reka

bentuk ruang bagi stor penyimpanan, tandas, bilik mandi dan tangki air

hendaklah disokong dengan 32 batang tiang. Bagaimanapun, pemeriksaan

Audit di pelantar Perairan Kg. Pababag Utara mendapati ruangan tersebut

hanya disokong dengan 27 batang tiang. Stor pelantar adalah seperti di gambar

berikut:

GAMBAR 16.11 GAMBAR 16.12

Pelantar Di Kg. Pababag Utara, Semporna, Sabah

- Bilangan Tiang Stor (3 Tiang) Tidak

Mengikut Reka Bentuk (4 Tiang)

(20.11.2011)

Pelantar Di Kg. Pababag Utara, Semporna, Sabah

- Stor Pelantar

(20.11.2011)

ii. Reka bentuk sesuatu bangunan hendaklah dibuat oleh seseorang yang

bertauliah yang memiliki kepakaran teknikal dalam bidang bangunan. Ia adalah

214 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!