10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

20. JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

- PENGURUSAN OPERASI EMPANGAN

20.1. LATAR BELAKANG

20.1.1. Empangan dibina mempunyai pelbagai fungsi dan keperluan antaranya tebatan

banjir, pengairan ke kawasan pertanian, keperluan bekalan air mentah, penjanaan kuasa

dan penahan keladak. Sesebuah struktur empangan yang telah siap dibina memerlukan

pengendalian (operation), penyenggaraan (maintenance) dan pemantauan serta

pemeriksaan yang teratur mengikut prosedur yang ditetapkan oleh manual empangan agar

keselamatannya dapat dijamin setiap masa. Kegagalan pengurusan sesuatu empangan

boleh mengakibatkan impak yang signifikan termasuk kehilangan nyawa dan harta benda,

kelumpuhan ekonomi dan kerosakan alam sekitar.

20.1.2. Setakat 31 Disember 2011, terdapat 16 buah empangan yang beroperasi di bawah

kendalian Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) di Semenanjung Malaysia seperti di Jadual

20.1. Empangan tersebut siap dibina antara tahun 1906 hingga 2004. Selain empangan

yang beroperasi di bawah kendalian JPS, terdapat juga empangan lain yang dibina dan

operasinya dikendalikan oleh pihak lain seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Tenaga Nasional

Berhad (TNB), Pihak Berkuasa Bekalan Air Negeri dan Pihak Berkuasa Pertanian.

20.1.3. Empangan dikategorikan berdasarkan kepada tahap bencana yang akan dihadapi

apabila berlakunya kegagalan empangan. Tahap bencana diklasifikasikan berdasarkan

kepada risiko terhadap kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan alam sekitar serta

kelumpuhan kegiatan ekonomi. Sejumlah 9 (56.3%) daripada empangan di bawah kendalian

JPS diklasifikasikan sebagai Tahap I yang bermaksud Tahap Bencana Tinggi di mana ia

melibatkan risiko kehilangan nyawa; 5 (31.3%) empangan pula diklasifikasikan sebagai

Tahap II atau Tahap Bencana Ketara di mana ia menjejaskan kegiatan ekonomi, harta

benda dan alam sekitar tanpa melibatkan kehilangan nyawa. Manakala 2 (12.4%) empangan

diklasifikasikan sebagai Tahap III iaitu Tahap Bencana Rendah yang hanya menjejaskan

kegiatan ekonomi.

JADUAL 20.1

SENARAI EMPANGAN YANG BEROPERASI DI BAWAH KENDALIAN JPS

NAMA EMPANGAN

TAHUN

DIBINA

KOS

PEMBINAAN

(RM Juta)

KAPASITI

(Juta m 3 )

TAHAP

BENCANA

FUNGSI/

KEGUNAAN

Empangan Bukit Merah

Kerian, Perak

1906 1.60 75.0 Tinggi Pengairan dan Bekalan Air

Empangan Repas Lama

Bentong, Pahang

1925 TM 0 Rendah Tahanan Keladak

Empangan Labong

Mersing, Johor

1949 TM 12.0 Ketara Pengairan dan Bekalan Air

Empangan Gopeng

Kinta, Perak

1961 TM TM Rendah Tahanan Keladak

Empangan Repas Baru

Bentong, Pahang

1963 TM 0.4 Ketara Tahanan Keladak

Empangan Padang Saga

Langkawi, Kedah

1964 0.24 0.2 Ketara

Pengairan, Bekalan Air dan

Tebatan Banjir

Empangan Bukit Kwong

Pasir Mas, Kelantan

1979 5.68 14.3 Tinggi Pengairan dan Bekalan Air

Empangan Macap

Kluang, Johor

1982 15.60 30.6 Ketara

Bekalan Air dan Tebatan

Banjir

Empangan Sembrong

Batu Pahat, Johor

1984 24.00 18.0 Tinggi

Bekalan Air dan Tebatan

Banjir

266 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!