10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

kepada Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME) Ibu Pejabat.

Kelewatan mengemukakan laporan pemeriksaan boleh menjejaskan masa untuk

mengambil tindakan pembaikan.

d. Seksyen 4 dan 5, Akta Kawasan Larangan Dan Tempat Larangan 1959 telah

menetapkan kawasan empangan perlu diwartakan sebagai kawasan larangan

supaya tidak berlaku aktiviti sabotaj yang boleh mengancam keselamatan

empangan. Selain itu, keselamatan empangan perlu diberi keutamaan supaya ianya

tidak mendatangkan sesuatu bencana terutamanya kepada orang awam di sekitar

dan di hilir empangan. Antara langkah yang perlu disediakan oleh Pejabat Tapak

Empangan adalah seperti menyediakan pas keselamatan, kawalan keselamatan

serta membunyikan siren semasa pelepasan air dari empangan. Empat empangan

yang dilawati telah dikategorikan sebagai kawasan larangan. Bagaimanapun,

Semakan Audit terhadap 4 empangan terlibat mendapati perkara seperti berikut:

i. Hanya operator Empangan Beris yang menyediakan pas keselamatan bagi

pelawat dan pekerja manakala Empangan Macap, Sembrong dan Bekok tidak

berbuat sedemikian;

ii. Berlaku kekurangan jawatan Pegawal Keselamatan di empangan yang mana

hanya seorang Pegawal Keselamatan ditempatkan untuk Empangan Sembrong

dan Bekok, berbanding 4 jawatan yang diluluskan masing-masing. Manakala

bagi Empangan Macap hanya 2 jawatan Pegawal Keselamatan telah

diwujudkan dan telah diisi. Analisis lanjut mendapati Pegawal Keselamatan

(KP 11) yang ditempatkan hanya perlu mempunyai kelayakan antaranya Sijil

Rendah Pelajaran/Penilaian Menengah Rendah dan tiada keperluan pegawai

tersebut mempunyai pengalaman dalam bidang keselamatan bersenjata seperti

yang diamalkan di negara lain; dan

iii. Empangan Beris sahaja yang membunyikan siren sebelum pelepasan air

dilakukan bagi memaklumkan penduduk sekitar kawasan tersebut. Manakala

3 empangan lagi tidak mempunyai siren dan penduduk berhampiran tidak

mengetahui bila Operator Empangan melepaskan air. Ini adalah kerana

empangan berkenaan adalah empangan lama dan tidak disediakan kemudahan

siren seperti yang ditetapkan.

Pada pendapat Audit, pemeriksaan keselamatan di Pejabat Tapak Empangan adalah

memuaskan namun pihak JPS perlu menyediakan laporan dalam tempoh yang

munasabah agar tindakan segera dapat diambil terhadap kerosakan instrumentasi

dan kejanggalan data yang dilaporkan. Selain itu, JPS perlu mengkaji semula

keperluan perjawatan di Pejabat Tapak Empangan agar keselamatan empangan lebih

terjamin.

20.5.3. Pemilikan Dan Pewartaan Tanah Di Kawasan Empangan

20.5.3.1. Semakan Audit mendapati Kerajaan telah membayar pampasan dan

mengambil alih tanah bagi 16 empangan namun JPS hanya dapat mengemukakan

maklumat pampasan tanah bagi 5 empangan yang berjumlah RM158.24 juta. Daripada

16 empangan itu, JPS hanya mempunyai maklumat keluasan tanah yang diambil alih

bagi 9 empangan dengan berkeluasan 9,519.64 hektar. Setakat 31 Disember 2011,

hanya 3 empangan telah ditukar hak milik tanah kepada Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan iaitu Empangan Timah Tasoh, Batu dan Macap manakala tanah bagi

empangan lain masih atas hak milik Kerajaan Negeri. Ketiadaan maklumat lengkap

berkaitan jumlah keluasan tanah dan maklumat pampasan boleh menyebabkan JPS

283 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!