10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

41.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan telah dijalankan dengan menyemak fail, rekod dan dokumen serta menganalisis

data-data yang berkaitan dengan linen dan dobi. Lawatan, pemeriksaan dan temu bual dengan

pegawai berkaitan telah dijalankan di hospital dan pusat dobi. Selain itu, engagement dengan

pihak ketiga yang terlibat iaitu Faber, Pantai dan Radicare juga telah diadakan.

41.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Mei hingga Ogos 2011 mendapati secara

keseluruhannya pengurusan perkhidmatan linen dan dobi adalah memuaskan. Namun begitu,

terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan perkhidmatan ini seperti berikut:

i. sebanyak 25 hingga 81.8% stok dan bekalan linen yang diterima koyak, lusuh dan reput;

ii. berlaku bekalan linen melebihi shelf level ditetapkan atau berlaku shortfall semasa

penghantaran linen;

iii. pusat dobi beroperasi tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan dan melanggar peraturan

alam sekitar;

iv. sebanyak 36 bil bagi perkhidmatan yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi berjumlah

RM7.06 juta telah lewat dibayar antara 18 hingga 270 hari;

v. bil tidak direkodkan dalam Daftar Bil menyebabkan Laporan Bil Lewat Dibayar kepada

Kementerian Kewangan tidak menggambarkan kedudukan sebenar; dan

vi. perjanjian tambahan perkhidmatan dobi dan linen lewat ditandatangani iaitu antara

8 hingga 66 bulan selepas perkhidmatan diterima.

Penjelasan lanjut berhubung dengan perkara yang ditemui dan maklum balas Kementerian

adalah seperti di perenggan berikut:

41.5.1. Prestasi Bekalan Linen Bersih

41.5.1.1. Syarikat konsesi hendaklah membekalkan linen bersih seperti spesifikasi yang

ditetapkan di kesemua lokasi pengguna mengikut jadual, kekerapan dan laluan yang

dipersetujui oleh pengguna. Spesifikasi linen yang ditetapkan adalah seperti di jadual

berikut:

Bersih

Keputihan

JADUAL 41.2

SPESIFIKASI LINEN YANG TELAH DITETAPKAN

CIRI-CIRI KETERANGAN

Linen hendaklah bersih hasil daripada penyingkiran semua kotoran yang berkesan melalui

proses pencucian yang sistematik.

Bagi kain kapas putih, tahap keputihan melebihi 87% harus dicapai.

Bagi kain polyester/kapas pula, tahap keputihan linen perlu melebihi 83%.

Kedutan Kedutan yang kelihatan jelas pada linen tidak boleh diterima.

Kotoran

Koyak

Pudar/Perubahan

Warna

Bau

Pewarnaan (contohnya, jelas kelihatan melebihi 20mm dan 3 titik) tidak boleh diterima.

Kotoran disebabkan bahan kimia ke atas linen teater boleh diterima.

Kotoran pada tepi helaian yang terletak dalam boleh diterima.

Koyak atau lubang kurang daripada 5 cm boleh ditampal atau dijahit.

Semua linen di Unit Pensterilan hendaklah dibaiki dengan penampal haba sahaja.

Linen koyak melebihi 5 cm tidak perlu dibaiki dan perlu dikeluarkan daripada edaran.

Linen dengan lebih daripada 3 pembaikan untuk item linen besar dan satu untuk item linen

kecil tidak boleh diterima.

Pembaikan besar pada bahagian yang biasa dilihat seperti langsir, kusyen, sarung bantal dan

pakaian tidak boleh diterima.

Linen telah hilang warna sebahagian daripada pakaian perlu dikeluarkan daripada

penggunaan dan diganti.

Linen dengan perubahan warna yang jelas atau luntur melebihi seluruh pakaian perlu

dikeluarkan daripada penggunaan dan diganti.

Linen mempunyai bau walaupun selepas basuhan ulangan perlu dikeluarkan daripada

penggunaan.

664 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!