10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

38. PENGURUSAN AKTIVITI PENDAFTARAN, PELESENAN DAN

PENGUATKUASAAN FARMASI

38.1. LATAR BELAKANG

Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF), Kementerian Kesihatan Malaysia (Kementerian)

bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang dalam bidang farmaseutikal yang

berkaitan dengan ubat termasuk ubat tradisional, suplemen kesihatan dan kosmetik. Objektifnya

ialah untuk memastikan semua produk farmaseutikal dan kesihatan di pasaran adalah berkualiti,

selamat dan berkesan, dikawal selia mengikut perundangan yang relevan dan digunakan secara

rasional. Bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011, daripada peruntukan berjumlah RM283.29 juta,

sejumlah RM285.38 juta (100.7%) telah dibelanjakan bagi bidang farmaseutikal. Dalam tempoh

tersebut, kutipan hasil berjumlah RM34.95 juta diperolehi daripada aktiviti pendaftaran dan

pelesenan.

38.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan untuk menilai sama ada aktiviti pendaftaran, pelesenan dan

penguatkuasaan farmasi telah diuruskan dengan cekap dan teratur bagi mencapai objektif yang

ditetapkan.

38.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan ini meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan bagi tempoh

tahun 2009 hingga 2011 di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK); Ibu Pejabat

Penguatkuasaan Farmasi serta Cawangan Pelesenan dan Penguatkuasaan Farmasi (CPPF) di

peringkat negeri Johor, Sarawak dan Selangor.

38.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Metodologi pengauditan meliputi semakan rekod dan dokumen, analisis terhadap data-data,

temu bual dengan pegawai berkaitan dan lawatan fizikal audit ke premis yang menjalankan

perniagaan produk kesihatan dan kosmetik (premis yang tidak memerlukan lesen dari

Kementerian Kesihatan Malaysia).

38.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Jun hingga September 2011 mendapati secara

keseluruhannya prestasi aktiviti pendaftaran, pelesenan dan penguatkuasaan adalah

memuaskan kerana kebanyakan isu yang ditemui pada tahun 2009 dan 2010 tidak lagi berlaku

pada tahun 2011 kerana telah diambil tindakan penambahbaikan oleh Kementerian. Selain itu,

bilangan pemeriksaan premis oleh Penguatkuasa Farmasi telah melebihi sasaran yang

ditetapkan. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan seperti berikut:

i. CPPF lebih memberi tumpuan pemeriksaan terhadap Premis Berlesen dan Berdaftar

(47.4% hingga 89.9%) berbanding Premis Tidak Berlesen (10.1% hingga 52.6%).

Bagaimanapun, kes pelanggaran akta seperti penjualan produk beracun dan produk

tidak berdaftar serta lambakan produk tiruan yang didakwa di mahkamah banyak berlaku

di kalangan Premis Tidak Berlesen iaitu antara 70.4% hingga 89.2%;

615 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!