10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Selain itu, temu bual dengan pegawai yang terlibat dan peserta serta pengesahan daripada

pihak ketiga turut dijalankan.

17.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan di antara bulan November 2011 hingga Januari 2012 mendapati

secara keseluruhannya pelaksanaan program TKPM adalah memuaskan kerana pengeluaran

hasil telah meningkat setiap tahun. Bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan seperti berikut:

i. prestasi program bilangan TKPM yang dibangunkan belum mencapai sasaran;

ii. pewartaan tanah dan hak milik tanah belum dimuktamadkan;

iii. pengurusan perjanjian dengan peserta tidak teratur;

iv. pelaksanaan projek pembangunan tidak mengikut perancangan;

v. penggunaan kemudahan infrastruktur tidak memuaskan;

vi. sasaran pendapatan peserta tidak dicapai sepenuhnya; dan

vii. pengurusan rekod tidak teratur.

Penjelasan lanjut berhubung perkara yang ditemui dan maklum balas Kementerian adalah

seperti di perenggan berikut:

17.5.1. Pencapaian Program Pembangunan TKPM

17.5.1.1. Bilangan TKPM Yang Dibangunkan

a. Sebanyak 55 daripada 60 TKPM yang dirancang telah dibangunkan dalam tempoh

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) dan tahun pertama RMKe-10. Manakala

5 TKPM masih dalam peringkat kerja-kerja awalan. Butiran lanjut adalah seperti di

jadual berikut:

TAHUN

JADUAL 17.1

PRESTASI PEMBANGUNAN TKPM DALAM TEMPOH RMKe-9

BILANGAN TERKUMPUL TKPM BILANGAN TKPM

DIRANCANG DIBANGUNKAN

YANG BELUM

DIBANGUNKAN

CATATAN

2006 43 43 - -

2007 45 45 - -

2008 50 47 - -

2009 54 52 2 Dalam peringkat kerja-kerja awalan

2010 60 55 5 Dalam peringkat kerja-kerja awalan

2011 TM 55 TM -

Nota: TM - Tiada Maklumat

Maklum Balas Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Yang Diterima Pada

21 Jun 2012

Sehingga 21 Jun 2012, baki 5 TKPM telah dan sedang dibangunkan.

b. Sehingga akhir tahun 2011, didapati TKPM Lojing II, Gua Musang, Kelantan masih

belum dibuka untuk penanaman walaupun TKPM tersebut mula dicadangkan pada

tahun 2008. Pihak Audit dimaklumkan bahawa proses kerja-kerja Kajian Penilaian

Alam Sekitar (EIA) hanya disiapkan pada 28 Disember 2010.

Maklum Balas Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Yang Diterima Pada

21 Jun 2012

Kelewatan pembangunan kawasan TKPM tersebut adalah disebabkan oleh

kelewatan pelaksanaan prosedur pembangunan tanah tinggi dan juga kajian

kesesuaian tanah serta pembinaan jalan masuk.

221 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!