10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Maklum Balas Kementerian Dalam Negeri Yang Diterima Pada 25 Mei 2012

Kelemahan dalam struktur organisasi dan masalah pengisian perjawatan adalah

disebabkan perjawatan UPP di bawah bidang kuasa agensi induk masing-masing

yang mengawal urusan penempatan, pengisian dan sebagainya. UPP bersetuju

supaya penstrukturan semula organisasi UPP dilakukan segera supaya masalah

kekurangan perjawatan dapat diatasi.

51.5.3.3. Latihan

a. Peraturan Tetap Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bil. 1 telah menetapkan

bahawa setiap pegawai dan anggota hendaklah diberi Kursus Pra UPP sebelum

memasuki perkhidmatan UPP. Modul kursus ini antaranya adalah asas

pengendalian senjata; asas kawat baris, pengenalan undang-undang yang

berkaitan, teori dan amali mengenai cara penguatkuasaan undang-undang dan

peraturan lain yang difikirkan sesuai.

b. UPP Negeri keseluruhannya dianggotai oleh seramai 790 orang (jawatan yang diisi)

merangkumi 565 orang daripada PDRM, 116 daripada JKDM, 97 daripada

Imigresen dan 12 kakitangan awam. Semakan Audit mendapati hanya pegawai dan

anggota daripada JKDM yang telah menghadiri kursus Pra UPP sebelum memasuki

UPP, manakala pegawai dan anggota daripada agensi lain tidak menghadiri kursus

berkenaan.

c. Semakan Audit selanjutnya mendapati kursus dan latihan seperti kursus dalam

perkhidmatan atau kursus kerjaya bertujuan meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran pegawai dan anggota ada disediakan dari semasa ke semasa oleh

pejabat UPP dan juga agensi induk.

Pada pendapat Audit, pengurusan latihan untuk pegawai UPP perlu dipertingkatkan di

mana Kursus Pra UPP perlu dihadiri oleh semua pegawai dan anggota sebelum

memasuki UPP yang merupakan sebuah organisasi bersepadu daripada gabungan

pelbagai agensi iaitu PDRM, JKDM dan Imigresen. Ini bertujuan untuk memberi

pendedahan dan pengetahuan asas berkaitan tugas dan tanggungjawab UPP supaya

mereka lebih memahami serta bersedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Maklum Balas Kementerian Dalam Negeri Yang Diterima Pada 25 Mei 2012

Kementerian sedang merangka Pelan Strategik Latihan bagi pegawai dan anggota

UPP bagi memastikan aspek latihan dalam UPP sentiasa diberi perhatian

sewajarnya.

51.5.4. Kemudahan Aktiviti

51.5.4.1. Kemudahan Perumahan Pegawai Dan Anggota UPP

a. Perenggan 46 Peraturan Tetap UPP Bil. 1 menyatakan bahawa pihak pengurusan

seberapa yang boleh akan menyediakan kemudahan perumahan kepada pegawai

dan anggota UPP di kawasan tempat bertugas. Berdasarkan keperluan ini,

sebanyak 521 unit rumah pelbagai kelas telah dibina di beberapa UPP Kawasan di

negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Perak.

b. Lawatan Audit di 6 UPP Kawasan pada bulan Jun dan Julai 2011 mendapati

5 daripadanya telah disediakan sebanyak 476 unit kemudahan perumahan.

Sungguhpun begitu, setakat bulan Disember 2011, hanya 310 unit (65.1%) diduduki,

830 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!